Kak,
Wednesday, February 3, 2010
~...Kata Adik Ku..~
~~Selalu aku terfikir..Salah kah???~~~
Sejak dari tmpat bljr aku lg…kenapa selalu kawan2 pertikaikan cara aku memggunakan nama aku sendiri…..kadang2 aku rasa serba salah…salah ke???
Aku bahasakan nama ku Aisyah….
Aku di didik mcm tu….so, aku rasa perlu lah teruskan ape yang dah mmg jadi biasa dalam diri aku….lagi pun itu lbh sopan kan????
Mesti korang bengan je…Cz pasal ni pun aku nak tulis dalan blog…
Tp tu lah lumrah setiap kali kemana saja aku pergi…
Mungkin dia orang tak biasa kot….bile aku bahasakan diri aku dengan nama aku sendiri….dia pun mesti buat mcm tu gak…heheheehe….
Tapi tu lbh baik la…Wahai sahabat2 ku…
Kerana semua orang tahu kan…dalm setiap nama ada maksud….
Setiap sebutan orang lain pada kita…adalah DOA..
So, Aisyah suke dengan nama yang umi abah bg….
Tak salah memggunakannya….
Nur --- Cahaya
A’isyah --- Kehidupan/ nama Isteri Rasulullah SAW
Fatin --- Bijaksana/ pandai
Fatinah --- Kebijaksanaan
Yusra ---Kemudahan/ Kesenangan
PILIH LA NAK PANGGIL APE….hehehehe
~~ Ku Ingat pesanan mu ~~
Tuesday, February 2, 2010
~`Cinta Ke-2~
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 2:56 AM 0 ulasan
Label: Aisyayusra
Saturday, January 30, 2010
~~ Impian Cinta~~
Sesungguhnya Cinta yng aKu galas dulu
Hanya cinta semusim , wangi hanya sekejap je
Harumnya tak kan sampai kepenghujung tau
Indah megarnya hanya dikuntum sahaja
Sedangkan taman Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurnai Rahmat
Datang membekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama aku mengatur jejak langkah
Makin fasih aku mentafsir liku hidup ini
Diri aku terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang terbentang hampa padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Ya Allah, Hijrah kan aku dengan hati yang putih
Kembali berpaut pada akar budi
Pasrah bersujud dibawah naungan-Mu
Langit kesedaran…
Moga terlakar CintaKu dipintu Syurga…Amin…
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 9:32 PM 0 ulasan
Label: Aisyayusra
~~DairiKu ~~Zaman Kanak2 paling Best!!~~Roomate prihatin ~~Dunia bebasKu~~Anak buah~~Basikal~
Wednesday, January 27, 2010
Sekilas.....
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 10:12 PM 2 ulasan
Label: Fatinah My
Tuesday, January 26, 2010
Kenangan Kita...
Sekarang aku dah semester 5,banyak kenangan yang aku lalui bersama sahabat2 Ku di satu kelas….suka,duka,gembira…dan banyak lg lah…
Moga Ukhwah kita kekal selamanya….
Pada mula aku belajar disini aku hanya punyai seorang kawan sahaja yang memahami diriku di kolej, di mana saja aku sentiasa bersamanya…walau susah n senang..sape lagi….jen..jen.jeng…Bihah la…1 kolej tahu kan…hhehehe .Sentiasa ceria..walau dimana sja berada..Cayok2 bihah…!!! Lepas tu seorang lagi rakan kelas ku yang aku dapat rasa keserasian aku dengan nya….aku panggil nya kak Wana,aku suka sikapnya yang terbuka….sentiasa memberi aku nasihat tika aku dalam kebingungan n masalah…kami bertiga sentiasa bersama….keserasian kita membuatkan ukhwah kita terjalin dengan senyuman….
bertambah lagi 2 orang sahabatku dimana ,sentiasa member keceriaan dalam persahabatan….itu lah Liza n Intan…tp name manjenye Mek…heheheeh...salammmm Mek… ditambah lg sahabat sekelasku iaitu Intan Irani,bertambah lg senyuman tika bersama….tapi sebenarnya…semua sahabat kelas Ku aku rapat….cume yang sentiasa bersama n tak je….Ape2 pun Aisyah sayang kalian tau….Tinggal 1 sem lg kita bersama,kesedihan dapat dirasai makin hampir….

Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 6:58 PM 0 ulasan
Label: Aisyayusra
Sunday, January 24, 2010
Zikrullah sentiasa dihati…….
Cti semester dah dekat dah….Hadiah pe nak bwk balik kat adik2 erk……..rindu kat dia orang…….sebelum balik nanti aku nak singgah umah kakak dulu lah….nak jalan2 kat Seremban…kat tminal 2…..hehehhehe
Aku dah kehilangan mak sedara sorang….sedih lak……..hukk…hukkk
Bila fikir semula semua orang akan kembali kepada-Nya….manusia semua kan berpindah alam…..yang penting amalan mesti jaga…..
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 9:40 PM 1 ulasan
Label: Aisyayusra
Saturday, January 23, 2010
Rintihan Seorang Insan
Gembira dan Sedih...
Hari ni merupakan salah satu hari yang gembira dan sedih bg aku….td aku dapat panggilan tlfon dari sahabat ku dr tmpat bljr aku dahulu….dia dah dilamar oleh seorang ustaz… dah nak khawin dah 13 hb 2 ni….…..moga dia akan menerima serang suami yang bertanggungjwb dan baik….. untungnya dia…cz, dapat kawin pada usia muda…..mga dapat zuriat yang soleh dan solehah…..Amin…Moga jodoh ku dari golongan yang baik dan beriman…Amin ya Rabi alamin…
Hari ni aku Cuma ade satu kuliah je..tak lah penat sangat….tp bljr hari ni best tau….
Lepas habis kuliah,aku terus ke café…..cari makan…heheheeh… pastu balik rumsis….tp semua balik kampong….aku je tak balik,maklum lah…rumah jauh…rindu gak tak adik2…..trutama adik Fifi….adik bongsu ku tu selalu buat aku sentiasa tersenyum….rindu betul….
rindu gak kat umi n abah….
baru2 ni aku dapat panggilan daripada adik aku yang bljr kat UIA….dia bg tahu berita yang memeranjat kan aku….adik cakap kaki Umi kena Semin….terkejut aku…..adik cerita umi ade jatuh…urat pada kaki umi putus…petang tu aku segera telefon Abah…tanya pasal umi…abah pun cerita…tp tak habis….aku cakap dgn umi,umi bgthu kaki umi kena semin sampai kat lutut…tulang kat tepi retak…..tp urat tak putus…..Sabar ye Umiku saying…tu semua ujian untuk menguji kesabaran kita…..mga Umi cepat sembuh…Amin..
Lagi memeranjatkan aku…..Mak saudara aku meninggal hari ni…..Innalillahiwainna ielaihirijiun….Walau pun aku tak dapat balik…..Ku doakan mga roh nya di cucuri Rahmat…..Ya Allah ampun kan alh dosanya dan tempat kan lah ia pada golongan orang yang soleh…Amin…
Thursday, January 21, 2010
KALIMAH ALLAH....
Hari ini Malaysia digemparkan dengan kalimah Allah……pada mulanya aku tak ambil tahu sangat pasal ni…sibuk sikit cz aku baru habis praktikal di Majlis Agama Islam…ditambahkan lagi masalah peribadi yang lain...dan mula daftar masuk pengajian…kesibukan semua tu membuatkan aku tak ambik tahu sangat pasal ni.…pada mulanya dalam fikiran aku,aku hanya fikir kenapalah Malaysia ni kecoh sangat pasal kalimah Allah ni…sedang kan banyak perkara lagi Allah SWT larang masyarakat kita buat dan maksiat berleluasa kenapa tak kecoh pun?????….hiburan yang merosakkan akidah sane sini…tak kecoh pun???…malah biarkan je….masyarakat kite ni perlu didik jiwa dulu…tu yang paling penting…..baru masing2 sedar dan ingat mati…tapi sekarang seolah2 masyarakat kite hari ni leka dengan dunia sampaikan langsung tak peduli dosa malahan azab neraka pun tak rasa takut…sedang kan masing2 semua tahu dunia ni tak kan kekal pun.. segala ape didunia ni semua untuk menguji cekalnya hati…
Satu hari tu aku dapat tahu daripada sahabat ku tentang progam MPM yang dibuat kat rumah menteri Melaka…iaitu prgam Qiamulai…aku join la...pada mulanya aku ingat hanya saje2 prgm ni di buat…rupa2nya kerana isu kalimah Allah….mase tu lah aku nak tahu sangat kenapa masing2 sibuk sangat pasal ni…..
Aku mula ambil tahu….aku tanya sape2 yang aku rase nak tanye….setuju@tak setuju dan ape hujjah dia….pada mulanya aku TIDAK SETUJU aku fikir,knp perlu bg agama lain pakai….????kalau lah nanti ade buku2 kristian yang di baca oleh orang islam yang cetek agama…mungkin dia akan terpesong…dalam fikiran aku tak lepas drpd aku fikir tentang tu…aku rase sangat nak tahu knp ade jugak orang yang setuju????knp dia setuju???mesti ade hujjah dia…..satu hari,tempat pengajian aku ade buat wacana ilmiah tentang isu kalimah Allah ni…disitu lah aku dapat tahu ape hujjah orang yang setuju….sekiranya agama lain yang guna nama Allah,manelah tahu satu hari nanti Allah akan turun kan hidayah kt die orang untuk memeluk agama islam..kate salah seorang pensyarah dari UITM knp tak nak bg orang kristian guna,jangan jadi kedekut…cz islam tak ajar sifat kedekut tu…kalau tak nak bg tak pe!!!tp jangan lah mengamuk…kalau Allah bg,tak kan kita tak bg…Jangan lah kamu cerca orang yang ingin beriman kepada Allah…di Mesir pun dia orang berceramah menggunakan nama Allah…Cuma di Malaysia je knp perlu gaduh2????
Pensyarah dr Uitm ni berbahas dr sudut bahasa katanya,kalau bincang tentang lafaz, mesti ada sebutan…pastu mesti ada Tulisan dan terakhir mesti ada Makna..
Dri segi tulisan dan sebutan dah mmg salah dah..dr segi makna plak kristian guna Allah ade 3 unsur….Allah bg orang islam bermaksud lain…kalau kita bijak kita perbetul kan maksud betul Allah,ajak mereka masuk Islam…dari sudut dakwah sangat besar manfaatnya….
Selesai pgram tu,semasa menuju ke Café aku ter fikir ada baiknya dan betul jgk tu….Aku SETUJU
TAPI….
Ade kah dengan berfikiran mcm tu dapat membendung masyarakat yang akan datang sekiranya kalimah Allah diguna pakai???sedang kan pengunaan secara tak rasmi dah ramai terpesong…apetah lagi apabila penggunaan secara rasmi…..MASYAALLAH…
Sekiranya satu hari nanti anak2 dimasa akan datang terbaca buku kristian, jumpa perkataan
“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”
Agak2 keliru tak????
Orang kafir sentiasa berusaha untuk memesongkan orang islam…apa yang kita nampak sekarang anasir berbentuk halus untuk melalaikan umat islam diguna pakai oleh mereka.…jangan biarkan langkah pertama dengan menggunakan kalimah Allah untuk diguna pakai…dari sudut sejarah pun semua dah tahu mcm mana mereka mendapat kan tanah di Palestine. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Tp akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British…..Kata ustaz aku betul lah “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.
Sebenarnya apa yang dibimbangkan adalah generasi akan datang,kalau mase sekarang masyarakat ramai yang lalai,dan suasana sekeliling tidak membantu menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka ,ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang.Penghayatan islam tu mesti ada masyarakat kita. Wassalam
Saturday, January 16, 2010
Pencinta Ketenangan
Bismillahirahmanirahim…..
Dimana Bahagia???
Kudapat hanya kelalaian,
Aku tidak mengerti........
Kucari lagi,
Dihati seorang kekasih,
Kudapat hanya kecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan….
Oh,di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang ku cari??
Apa yang ku perlukan??
Aku masih tidak mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini di minta diisi…
SEJENAKKU TERSEDAR,
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 6:45 AM 0 ulasan
Label: 11.15 pg...Muhasabah
Tuesday, December 1, 2009
Sekadar Renungan....
Sekadar Renungan air mata ibu..
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Wednesday, September 10, 2008
Jalinan Ukuwah.......
Dicatat oleh Aisyayusra di LEB 9:32 PM 0 ulasan
Label: Aisyayusra
..::bAraKaLlahu fik::.. (",)
Ayuh sahabat2....
DoaKu....
Jom Kongsi Ilmu...
Bahagia itu apa?
Bahagia itu ketenangan.
Ketenangan itu apa?
Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.
Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.
Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….


























