Tuesday, February 23, 2010

~~ Cuti BeRAkhiR...~~

Assalamualaikum pembuka bicara buat tetapan sahabat2  budiman  yang di sayangi sepenuhnya kerana Allah SWT…sudah sekian lama tidak membuka blog ni….            Al maklum lah seminggu balik kampung jumpe famly…besssssssttttttt sangat2……..rindu kat adik fifi yang banyak celoteh tu…aku suke melayan adik aku sorang ni….ske tanya berbagai2 soalan yang membuatkan aku tersenyum bila aku teringat kt die kadang2 soalan tak kita terfikir..ade betulnya...hehehehe….akak doakan moga adik kan jadi seorang huffaz yang terbaik suatu hari nanti....dan penjaga amalan yang baik….Amin…
Sahabat semua ape khabar….Aisya disini nak kongsi sesuatu dengan korang….hehehehe
Aisyah tertarik sangat nak tahu tentang bidadari syurga…..bila aisyah tahu serba sedikit tentang bidadari syurga terasa ….wah!!! tak tahu nak cakap mcm mane…..sampaikan aisyah cari ilmu pengetahuan tentang bidadari syurga tu sampai sekarang….aisyah belek2 buku2 kat umah …suruh umi cerita…kawan2 cerita…..dan yang paling aisyah terharu, ada seorang hamba Allah yang menghadiahkan kat Aisyah sebuah buku Biadari Syurga…..Terima kasih tak terhingga….Aisyah sangat menghargai…….Aisyah pun ada cita2 nak jadi Bidadari di syurga….Insyaallah…..yang aisyah tahu…..Seorang isteri yang baik dapat menjadi Bidadari di Syurga bagi Suaminya….Wah!!! untung kan wanita….Wahai sahabat Ku, betapa mulianya wanita…jangan lah sesekali menjatuhkan maruahmu ….Aku sayang diri ku dan aku sayang dirimu wahai sahabat2 Ku…..
Di sini aisyah nak cerita kisah DUA BIDADARI SYURGA….Bismillahirahmanirahim…
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia…
“wahai kakakku, kenspsksh lemah sungguh kaum hawa itu,asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
“Wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya . tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki…menjadi izzah yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki.kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman  Firaun. Duhai adikku,lembut wanita itu bukan lemah tapi senjata. ”
Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertilaikan lagi…
“Namun wahai kakakku,wanita itu fitnah dunia ”
Tersenyum sang bidadari yang berwajah manusia.
“Pernahkah adikku mendengar pesanan illahi pada hambanya?? Wahai para lelaki yang beriman,tundukkkan lah pandangan mu. Lalu Allah SWT berfirman lagi,antaranya bermaksud Wahai para wanita yang beriman tunduklah pandangan mu dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu  Allah dahulukan pesanannya?? Pada hamba yang digelar ar-Rijal. Kerana andai sang lelaki menjaga pandanagnnya,maka tedak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memerlihatkan diri mereka kecuali pada [ara suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun…, wanita yang beriman itu, kata Rasulullah SAW,lebih tinggi martabatnya!! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijal dan an-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu!!  Sesungguhnya wanita yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh 
Adik masih tidak puas hati…
 “Tapi kakakku kenapa wanita itu menjadi peragaan?? Tidakkah mereka berasa malu??”
Sang bidadari yang berwajah manusia menguntum senyuman penuh makna, Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
“Wahai adikku sayang, Al-Haya’ itu ada dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al- Haya’ itu pakaian iman . Pada diri wanita itu, indah al-Haya sebagai pembenteng diri. Namun apabila al-Haya itu lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik…merasakan  belum cukup lagi dunia melihat diri mereka…mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi.Namun adikku…,Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu. ”
Adik menggaru-garu kepala.
“Jadi  kakak,masih ada wanita yang solehah di muka bumi ini??? Bagaimana  hendak adik kenali mereka ??”
“ Wahai adikku, Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikian lah adikku menilai mereka.Tapi perlu juga dilihat pada hatinya…pada akhlaknya… ”
Di zaman ini,tidak susah untuk membezakan wanita yang solehah dengan yang toleh. Namun adikku, jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu…kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada permata indah….perasaan cinta kepada Allah…kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan.....
                                                                                                  BERSAMBUNG.....

Wednesday, February 10, 2010

~~ PETUA IMAM SYAFIE ~~

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, February 7, 2010

~~ Syarat pakaian solat bg Wanita~~

Jom kita kongsi wahai wanita…….
Perbincangan ini khusus membicarakan syarat-syarat pakaian bagi perempuan apabila mereka hendak mendirikan ibadah solat samada dalam suasana musafir mahupun tidak musafir. Adat kebiasaan Nusantara melihatkan kaum wanita selalu dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat. Insya-Allah dalam perbincangan ini akan dihuraikan syarat sebenar pakaian solat bagi wanita dan lain-lain hal bertalian dengannya. Diharapkan perbincangan ini akan membawa manfaat apabila dengan tidak sengaja timbulnya suasana yang menjemputnya.

Syarat Pakaian Solat Wanita.
Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -

[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).[1]
[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar)? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.[2]
Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalah Khimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim - “dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka.” [Maksud surah an-Nur 24 - 31].
Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.[3]
Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih[4], maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.[5]
Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Maksud surah an-Nur 24 - 31].
Dari ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.[6] Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan mahupun muka perlu tetap ditutup.

Jenis Pakaian
Jenis pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh yakni tidak menampak bentuk badan wanita tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk. Ini dapat difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat.[7] Cara terbaik untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga termasuk tuntutan menutup aurat wanita.[8]
Daripada dua penjelasan di atas, iaitu syarat pakaian dan jenis pakaian, dapatlah kita ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.
Seperkara lain yang perlu dinyatakan ialah bahawa walaupun muka dan tangan tidak dikategorikan sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada orang lain. Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia amat digalak agar diselindungi disebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak niat buruk orang-orang lelaki yang rakus sifatnya.[9]
Perkara kedua yang perlu dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu samada dia berada dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat. Ini adalah kerana syarat pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang beribadah kepada Rabbnya dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama manusia. Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.[10]

Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat.
Apabila seseorang muslimah hendak bersolat lalu tidak mempunyai pakaian yang dapat menepati syarat-syarat di atas maka apakah tindakan seterusnya? Contohnya ialah apabila berada dalam pesawat terbang lalu disedari bahawa dia terlupa membawa set telekung atau kain tudung (bagi yang sememangnya tidak bertudung); dan setelah dicari apa-apa alternatif pakaian lain namun tidak ditemui juga. Maka bagaimanakah tuntutan solatnya?
Maka yang pertama perlu dijelaskan ialah menunda solat tersebut ke waktu atau masa yang lain atas tujuan akan diqadha adalah bukan salah satu dari alternatif yang dibenarkan syara' kerana solat tersebut tetap wajib ke atas dirinya. Solat hanya boleh ditunda dari masanya dalam situasi darurat, iaitu situasi yang melibatkan ancaman bahaya kepada nyawa atau mana-mana anggota badannya (Life and Death situation only). Adapun ketiadaan pakaian yang dapat menepati syarat-syarat solat maka itu dipandang sebagai satu keuzuran dan bukan darurat.
Satu pilihan syari'at yang dibolehkan ialah menjamakkan solat tersebut jikalau dijangkakan bahawa dalam waktu yang akan datang dia berkebolehan untuk melaksanakan solatnya itu dengan memenuhi syarat pakaian yang sempurna. Antara solat Zohor dan Asar, atau antara solat Maghrib dan I'syak, boleh didirikan dalam satu waktu jikalau ada kesulitan yang menimpa, sekalipun tidak dalam keadaan musafir. Contohnya seseorang yang tidak mempunyai pakaian yang menepati syarat bagi solat Zohor dan dijangkanya secara yakin bahawa dia mampu memenuhinya pada waktu Asar nanti maka dianjurkan dia mendirikan solat Zohornya itu bersama solat Asar dalam waktu Asar nanti berdasarkan kaedah jamak takhir. Persoalan seterusnya adalah - apakah yang harus dilakukan apabila tiba waktu solat Asar dan dia masih belum dapat menepati syarat pakaian yang diwajibkan, atau bagi solat subuh yang sememangnya tidak boleh dijamak atau dilengah-lengahkan?
Apabila sesuatu dari tuntutan agama tidak dapat dipenuhi oleh seseorang insan, syari'at menganjurkan agar dia tetap berusaha untuk melaksanakan perintah asal tersebut dengan sesempurna mungkin, sedaya mungkin dan sekuat mungkin. Dua dalil yang dijadikan petunjuk oleh para ahli fiqh ialah firman Allah Azza waJalla dalam surah at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud: “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu.”
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu.[11]
Dari dua petunjuk dalil di atas, para ahli fiqh segenap Mazhab yang empat tetap mewajibkan seseorang mendirikan solat-solat fardhunya sekalipun pakaiannya tidak mencukupi syarat-syarat yang termaktub. Apabila pakaian yang sedia dipakai tidak menepati syarat sepenuhnya untuk bersolat dan setelah diusahakan gagal menemui sebarang pakaian atau alternatif lain maka dibolehkan tetap bersolat dengan pakaian yang sedia ada.[12] Justeru itu tetap diharuskan bersolat sekalipun berpakaian jubah atau baju kurung atau baju kebaya atau apa-apa sekalipun walau hanya dengan seluar jeans dan baju kemeja T. Bagi yang memakai tudung diharuskan terus bersolat sekalipun tudung tersebut adalah kecil dan tidak labuh sehingga ke dada sementara bagi yang tidak bertudung diharuskan juga tetap bersolat sekalipun tanpa tudung. Solat sebegini adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi atau diqadha.
Walaubagaimanapun diulangi bahawa kebolehan ini hanyalah bagi mereka yang benar-benar gagal menemui sebarang bentuk pakaian yang dapat menutupi kepalanya atau/dan lain-lain bahagian sebagaimana yang disyaratkan. Sikap malas atau sengaja meremehkan tuntutan menutup aurat dalam solat bukan sahaja menyebabkan solatnya tidak sah tetapi juga akan dipertanggung-jawabkan kerana mempermainkan hukum agama.

Syarat minima pakaian solat.
Sudah tentu tertanya di hati - apakah dia batas minima bagi seseorang yang pakaiannya tidak menepati syarat-syarat solat? Maka jawapannya ialah walauapapun kekurangan pakaian yang dihadapi, solat tersebut tetap wajib dilaksanakan dan tetap sah sekalipun jikalau terperangkap dalam suasana tidak berpakaian langsung. Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, ahli fiqh mutakhir dan juga Ketua Fakulti Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Damaskus, Syria menerangkan rincian pendapat setiap mazhab ahli sunnah yang empat mengenai batas minima pakaian solat seseorang[13], iaitu -
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Maliki, seseorang yang tidak mempunyai pakaian penutup aurat hendaklah dia tetap bersolat sekalipun bertelanjang kerana menutup aurat adalah dituntut ketika terdaya maka gugurlah tuntutan jika tidak terdaya.
Menurut pendapat Mazhab Hanbali, dalam keadaan tidak ada penutup aurat hendaklah dilakukan solat secara duduk dan melakukannya secara isyarat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie dan Hanafi, wajib dilakukan solat sekalipun dengan melumuri tanah pada tubuh badan sebagai penutup aurat dan berkekalan dalam keadaan sedemikian sehingga selepas solat, atau dengan melumuri air yang keruh pada tubuh badan sebagai penutup aurat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi dan Maliki memadai dengan kegelapan sebagai penutup aurat kerana darurat, sementara menurut pendapat yang asah di kalangan ulama'-ulama' Mazhab Shafie, hendaklah menutup kemaluan dengan tangan, begitu juga menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali kerana dengan itu tercapai tujuan menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Dalam keadaan tersebut menurut pendapat ulama'ulama' Mazhab Shafie, hendaklah dilakukan solat secara berdiri bagi menyempurnakan rukun solat dan menurut pendapat yang madhab di kalangan mereka, solat tersebut tidak wajib diulangi selagi sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Sementara itu menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi, hendaklah dilakukan solat secara duduk dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud sebagaimana juga pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali. Itulah yang lebih utama daripada solat secara berdiri dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud kerana menutup aurat adalah lebih penting daripada menunaikan rukun.
Demikian salinan penerangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili. Penerangan di atas insya-Allah tidak mungkin akan temui suasananya dalam sepanjang hidup kita. Namun ia dikemukakan bagi menunjukkan bahawa para ulama' fiqh dari semua 4 Mazhab yang sedia ada tetap mewajibkan solat dilaksanakan dalam waktunya sekalipun berhadapan suasana dan keadaan yang amat mengharukan. Faktor ketiadaan pakaian yang secukupnya tidak diterima sebagai alasan atau dalih untuk menundakan solat atau meninggalkannya terus.

Kesimpulan.
1. Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.
2. Apabila gagal menepati syarat pakaian solat yang diwajibkan dan dia telah berusaha sedaya mampu, hendaklah tetap mendirikan solat tersebut dengan sekadar apa yang ada. Solat sebegini adalah sah dan tidak perlu diulangi.
_____________________________________
Nota kaki:
[1] Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi, Sunan Tirmizi - no: 0374.
[2] Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud - no: 0611.
[3] Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 2/100-101 , Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 1/392.
[4] Shaikh Muhammad 'Attiyah Khamis - Fiqh Wanita - Solat, ms 11.
[5] Dari hadith ini ada penerangan hukum lain yang lebih mendalam, lihat kitab Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 2/100-103 , Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 1/394, Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/212-234.
[6] Muhammad Asad - The Message of The Qur'an - Translated and Explained, pg 538, fn 37.
[7] Lihat surah an-Nur 24 sambungan ayat 31.
[8] Antara tulisan yang terbaik mengenai syarat-syarat pakaian wanita ialah buku berjudul Hijab al-Mar'ah al-Muslimah fii Kitab al-Qur'an was-Sunnah oleh Shaikh Nasiiruddin Albani. Lihat juga mana-mana buku yang khusus membicarakan berkenaan Islam dan wanita, antara lain oleh Maulana Wahiduddin Khan - Islamic Women in Syariah, Prof. Abdur Rahman I. Doi - Women in Syari'ah dan banyak lagi.
[9] Demikian penjelasan Shaikh Nasiiruddin Albani - Hijab al-Mar'ah al-Muslimah fii Kitab al-Qur'an was-Sunnah, ms 31 dan Shaikh M. Ali as-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum al-Qur'an, 2/273-274.
[10] Imam Ibnu Taimiyah - Hijab, Pakaian Wanita dalam Solat dan Luar Solat (edisi terjemahan, tahqiq oleh Shaikh Nasiiruddin Albani) - ms 76.
[11] Maksud hadith dari Abu Hurairah radiallahu-anhu riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Syarh Matan al-Arba'in an-Nawawi, no: 09.
[12] Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopidia Fiqh Wanita, 1/286, Shaikh Ahmad Naqib al-Misri - Umdat al-Salik, F-5.8. (Kini telahpun diterjemahkan ke Bhs. Ingg oleh Nuh Ha Min Keller atas tajuk - Reliance of the Traveller.)
[13] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/60I, Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi - al-Mughni, 1/592, Imam an-Nawawi - Majmu Syarh al-Muhadzzab, 3/188, Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/247.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Saturday, February 6, 2010

~~ KeJuTaN~~

Pgi ni aku bangun dengan senyuman…masih aku ingat kejadian semalm….Pergh, seronok sangat….Terima kasih sahabat2 ku yang bt kejutan sempena bfday Aisyah…tme kasih banyak2..terutama kak Wana,bihah n Mek….hehehehe….situasi tu tanpa dijangka2…huh,malu pun ade…Al maklum lah….time tu dah pkul 12 malam dah,aku pun dah nak tdo dah time tu…ptg di penat sangat…..dengan pakai baju tido nye…..Segan…segan…..hahaha…kelakar la…tak tahu nak letak mane muka ni….hehehe cegannYerrrr….
Budak rmah aku pun bfday same ngan aku.....tapi umurnya baru 20,aku dah 21…huh…. tadi si Ida ni dah kene baling tepung….hehehe…kesian lak..sabar ye ida….nasib baik sahabat2 ku yang matang nie tak wat mcm tu…hehehehe…Ape yang penting…!! Kerja sama…heheehe..Bukan! Dalam diri kita mesti ingat….makin hari kita makin tua kan.??? Tambah kan amal…sentiasa muhasabah diri kita….Mga hari ini mematangkan diri kita sebagai hamba Allah dan dapat membezakan mane baik n mane buruk…. Jaga diri kita sebagai Wanita….Ingat!!! kerana wanita ,Dunia jadi huru-hara…Ingat adik Ku….Bljr elok2 tau…akak yakin, cita2 ida tu blh capai dengan usaha ida yang berterusan..….Cayok2 ida!! Hehehe
Berbalik pada sambutan bfday aku tadi…tme kasih sahabatKu….thank bg Kek CokLat+ Mokka Lazat Tu n Hadiah Sweet tu…heheheehe...yang tak leh lupe tme tangkap gambar banyak2 semalam…..sampai tak perasan bunga pada kek dah terbakar….mek pun ade buat lawak sebelum naik ke umah Aisyah td..bihah n kaka wana citer..mem..mek…mcm2 la ko ni…hehehe…ape pun…Aisyah gembira dapat kenal korang tau…..heheheh….Aisyah hargai sangat2…Moga Ukhwah kita ke akhir Hayat……Aisyah Saaaaayang korang Semua tau….kalau di ingat kan kita dah tak lame kan????nanti dah habis bljr kat Melaka ni….datang ke tak aisyah kat Melaka ni lepas habis sTuDy ni..….nanti nak balik Terengganu lak….Kalau Jodoh ade kat Melaka….Insyaallah,dapat la kita jumpa…hehehehehehehehe….mesti rindukan nanti …Sedihnyer…hukkk…hukkkk…Tapi Aisyah tahu….setiap pertemuan tu ade perpisahan….ape pun…kita kan ziarah memziarahi…bkan jauh nou pn dalam Malaysia gak kan…heheheheh
Tak lupe gak buat budak Umah n bihah,kak wana tahun lepas sambut bfday aku……..yang tu pun aku tak jangka …tapi time tu kaka wan n kak zee ade lg……happy sangat…Tme Kasih BIHAH,KAK WAN,KAK SARI,FARAH,RINA,KAK ZEE N KAK WANA…Aisyah hargai sangat2..tahun lepas..yang tak leh lupe sambut dah tengah malam,,,makan lak makanan yang berat2…tgh2 malam…mmg tak leh lupe….dengan belon2 yang penuh satu umah…hahaha…..lawak btl time tu….hadiah pun best tahun lepas….Pulak tu besok tu Sukan antara fakulti di adekan….aku kene lah turun…..lbh gembira ,ptg tu gak diumum kan kumpulan aku JOHAN….hehehe..pandai kan kita main kak wana n bihah kan…??? hehehehe…Cayok2 DPPi….hihihi…..
Tahun ni pun aku join Sukan antara fakulti….cume satu acara je aku amik tahun ni….hehehe tak pe….kate orang tua2 dah umur meningkat ni tak elok lasak2 sangat…heheheh..poyo je…semalam ramai yang bg ucapan kat Aisyah….tme kasih banyak2 sahabat2….yang first ucap….adik aku…thank..hehehe..akak saaayang dik Nor…buat Umi jgak….terima kasih Umi n abah sayang n adik2….buat fifi yang ngade2 tu….tnggu kepulanga akak tau…akak balik 14hb ni….(“,)
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA WAHAI SAHABATKu…..



Eeee..RomaNtikNya..

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Amiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^

~~ Tujuh Petanda Kebahagiaan Dunia~~

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2.Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4.Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.Al malul halal, atau harta yang halal
6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7.Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

~~ SeLamAt HaRi TuA~~

Aku bangun solat Subuh dengan bantuan Hp ku...
Nokia Ku menjerit sehingga aku tersedar dari Alam Fantasi...
pergi ke alan rialiti..
Terima kasih Nokia Ku...huhuhu('',)

hari ni aku pergi ke MC untuk bli tiket
balik Seremban...
Lame tak tengok kakak....Sihat ke tak????hehe
sampai kat Mc dalam pkl 12 tghari
ermm,penat....penat...
Tak sabar nak balik kampung jumpe Fmly...
RiNdu...RinDuuu....hehehe

Aku singgah ke Jusco
Masyaallah,betapa ramainye orang....
Aku lihat pelbagai telatah manusia
masing- masing melakukan hal sendiri...
Kadang2 hati aku tersenyum melihat telatah kanak2 kecil
yang merengek2 mahu sesuatu....
Moga satu hari nanti ia kan jadi Insan yang berguna ...
Dunia dan Akhirat Amin...
Kerna Ku tahu.....
kanak-kanak di ibarat kain putih....
Ibu bapa lah yang mencorakanNya....

Tepat jam 12.01 malam
umur aku dah 21....
erm,mcm tak caye....('',)
dah angka 20 keatas dah....
Ku mohon dengan meningkatnya umur Ku
aku kan bisa menjadi lebih Matang dalam menjalani
Kehidupan Ku seharian
Sebagai Hamba Allah,Seorang anak yang solehah pada Umi dan Abah..
dan Mahasiswi yang mempunyai prinsip, impian dan matlamat yang jelas...
menjadi seorang yang menghormati sesiapa sahaja...
Amin....

Allahuakbar!!!!




Thursday, February 4, 2010

~~ Salam buat Sahabat.....

Salam semuaaaaaa...hehehehe...
ha,Cuti dah tak lame kan......
nanti boleh la jmpe...heheheh....Korang mcm mane???
Lame tak jumpe tau...Ape pun...Aisyah ucapkan selamat bercuti....


Jauh Di mata Tapi Dekat Di hati...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 3, 2010

~~**Luahan sekilas kesedihan**~~

Hati ini mudah menangis
Tidak kira tika keseorangan mahu pun ditempat awam
Yang membezakan Nampak mahupun tidak Nampak
Tika aku fikirkan ttg dosa Ku…pasti
Aku menangis teresak-esak bagaikan kanak-kanak kecil…
Aku takut n teramat2 takut
Selalu difikiran ku Adakah dosaKu telah di ampun..????
Aku takut….
Aku takut hidup ku tiada Berkat,Redha n Rahmat Allah…
Tika di fikirkan kembali…
Aku mesti percaya pada yang maha Pencipta
Pada janji-janji Nya di dalam Al-Quran
Itu membuatkan kekuatanku hadir
Menjalankan kehidupan seharian….
Dengan penuh Kehambaan…

~...Kata Adik Ku..~

                                                                            Kak,

Saat gemira pujilah Allah,
Saat kesukaran carilah Allah,
Saat kesunyian sembahlah Allah.
Saat kesakitan yakinlah Allah,
Saat demi saat terima kasih Allah..
Ku pegang kemana saja diriku berada
Kan kakak ingat pesan mu dik…

I LOVE U because of Allah

~~Selalu aku terfikir..Salah kah???~~~

Sejak dari tmpat bljr aku lg…kenapa selalu kawan2 pertikaikan cara aku memggunakan nama aku sendiri…..kadang2 aku rasa serba salah…salah ke???

Aku bahasakan nama ku Aisyah….
Aku di didik mcm tu….so, aku rasa perlu lah teruskan ape yang dah mmg jadi biasa dalam diri aku….lagi pun itu lbh sopan kan????
Mesti korang bengan je…Cz pasal ni pun aku nak tulis dalan blog…
Tp tu lah lumrah setiap kali kemana saja aku pergi…
Mungkin dia orang tak biasa kot….bile aku bahasakan diri aku dengan nama aku sendiri….dia pun mesti buat mcm tu gak…heheheehe….
Tapi tu lbh baik la…Wahai sahabat2 ku…
Kerana semua orang tahu kan…dalm setiap nama ada maksud….
Setiap sebutan orang lain pada kita…adalah DOA..
So, Aisyah suke dengan nama yang umi abah bg….
Tak salah memggunakannya….


Nur --- Cahaya
A’isyah --- Kehidupan/ nama Isteri Rasulullah SAW
Fatin --- Bijaksana/ pandai
Fatinah --- Kebijaksanaan
Yusra ---Kemudahan/ Kesenangan

PILIH LA NAK PANGGIL APE….hehehehe


~~ Ku Ingat pesanan mu ~~

Telefon bimbit aku melalak membingitkan telingaku…Aku tgk jam dah 6.05pgi…..doa bangun tdo lancar didalam hati….terus ku membersihkan diri untuk
menunaikan kewajipan ke atas Mu.
Ku mohon mga hari ini lbh baik lg dr semalam….
Selesai solat,seperti biasa Mathurat yang menjadi amalan
dalam keluarga Ku terus ku baca + Surah Yassin yang merupakan Hati Al-Quran..
lancar di bibir Ku.
Ku ingat pesanan mu Abah,
kemana saja fatin berada….Akan ku ingat pesan Mu ~~



Tuesday, February 2, 2010

~`Cinta Ke-2~

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.btl tak???? Org yang sudah mempunyai tujuan, umpama air yang sedang mengalir, tak payah ditunjukkan ke arah mana hendak mengalir, segala terarah seperti dicerna.

Cinta dengan adanya tujuan, adalah pelengkap kesempurnaan cinta manusia.
Cinta manusia tanpa arah panduan dan tujuan walau bagaimana setia sekalipun, kekadang mengecewakan diri.
Kalu nak tenang menghadapi keadaan itu, jgn sesekali rasa dimiliki dan memiliki kalau bukan pada HAK. Cinta suami kepada isteri, cinta ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya, dan Cinta hamba kepada Penciptanya.

Seandainya timbul jua cinta manusia di taman larangan, cuba dan cuba atasi secara lembut dengan penuh hikmah. Jangan pula cuba untuk bercinta walau mempunyai ‘perasaan’ cinta.

Beritahu secara ikhlas. Jika segala-galanya wajar dan sesuai, usahakan IKATAN YANG SAH secepatnya. Jika tidak mampu melawan arus, bermujahadahlah, berpuasa dan terus berdoa.

InsyaAllah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yamg baik untuk wanita yang baik.. Jadi membajai cinta sebelum perkahwinan, ialah dengan berdoa dan berusaha menjadi isteri atau suami yang baik.

Apa persediaannya?
Tentulah ilmu, tarbiah dan kematangan serta keperluan fizikal dan
material di tahap yang sederhana.
Cintailah cita-cita….Itu yang paling ideal.btl tak???
Tetapi jika cinta sudah bertandang, dan perkahwinan tidak dapat dielakkan, seiringkanlah cinta itu dengan cita-cita.
InsyaAllah, kalau tepat dan kena pada pencaturannya akan datang
kuasa luar biasa cinta yang tiada tandingannya.
Cita-cita akan dapat diraih dengan kekuatan luar biasa cinta.
Inilah tanda pengabdian seorang hamba.
Pengabdian adalah umpama ‘hadiah’ yang kita ingin berikan kepada Allah Taala sebagai bukti cinta kita. Di saat ini jua cinta Allah akan berkunjung tiba.
Moga inilah ‘hadiah’ ternilai kita kepada-Nya.
Sahut lah,bahawa syurga itu manis…
Janji Allah itu pasti!!!
Ape pun ini sekadar coretan hati…Kata Syeikh Hassan Al-Banna:
"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak
orang lain kepada kebaikan."
Jom sahabat2 Ku kita buat Baik…banyak kan lah Istighfa…

Kata seorang sahabatKu yang mulia : katanya, Allah tak benarkan Malaikat catit dosa kita,sehingga selepas 8 jam,
setiap dosa yang kita lakukan
sehingga kita ber Istighfa. Selepas 8 jam baru
di catit dosa kita tu…

So,Ayuh sahabat2Ku perbanyakkan Istighfa
Aku begitu dan Ku mahu diri mu jua begitu….



..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….