Saturday, January 30, 2010

~~ Impian Cinta~~


Berdirinya aku di daerah Zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang mengguyur ingin aku melakar cinta di syurga

Sesungguhnya Cinta yng aKu galas dulu
Hanya cinta semusim , wangi hanya sekejap je
Harumnya tak kan sampai kepenghujung tau
Indah megarnya hanya dikuntum sahaja

Sedangkan taman Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurnai Rahmat
Datang membekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama aku mengatur jejak langkah
Makin fasih aku mentafsir liku hidup ini
Diri aku terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang terbentang hampa padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Ya Allah, Hijrah kan aku dengan hati yang putih
Kembali berpaut pada akar budi
Pasrah bersujud dibawah naungan-Mu
Langit kesedaran…
Moga terlakar CintaKu dipintu Syurga…Amin…

~~DairiKu ~~Zaman Kanak2 paling Best!!~~Roomate prihatin ~~Dunia bebasKu~~Anak buah~~Basikal~

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh dah salam sayang
buat semua kerana Allah SWT..
Hari ni banyak cerita yang nak aku kupaskan harap koorang semua sanggup baca berjela2 ni sampai tertido pun tak pe….hehehehe
Sebenarnya tajuk kali ni biase2 je…tp sebnarnya ia sebahagian kisah hidup ku yang penah bahagia kerana nya…hehehe

1.DairiKu~ kalau korang nak tahu,dulu aku selalu catit ape yang aku buat seharian tak kira pekara tu best,sedap @tak best langsung.Al maklumlah…aku ni sensitif sikit orangnya...erm,sekarang bila blog ni ade….aku jst tulis kat blog aku je….bagi aku ia satu perkara yang menyeronokkan daripada chating yang tah ape2 tu…Sekarang!!!...ha,aku blh jimat buku dari aku yang cantik tu daripada cepat habis…heheheh..czzz,dairiku tu aku catat yang pribadi je..hehehe…

2. Zaman kanak2 yang paling best~~ Mase aku kecik2,adik bradikku 4 orang je…semua pmpuan…skarng dah 8….hehehehe..al Maklumlah..zaman kanak2 asyik nak main je..sebelum pkl 6 abah tak benarkan main kat halaman….kene duk dalam rumah je tak kira lah buat ape pun…bace buku ke…tgk Tv ke…buat keje sklah ke..@ ape2 lah…Tapi yang tak leh ingatnya…Tepat jam 6 petang ,Aku ,kakak n adik2 terus turun ke halaman rumah…tak kurang n tak lbh..dr pukul 6 tepat2 .Haaa,time tu mula lah,panggil kawan2 datang umah main masak2 ke…main tang kejo(bahsa trgganu..tahu main ape???tu main polis2 je hehe) ..main game (kite orang tak tahu kat tmpat lain panggil pe.. ala, yang petak2 tu…pas2 main lompat2..ha!! yang tu la..hihi.) n banyak lagi lah…Kite orang Abah tak benarkan main kat umah jiran2…sedih tau…kite orang selalu bersungut same2 kite orang je…hehehe,tapi kite orang tahu,abah mmg jaga sangat2 keselamatan anak2 dia..kite orang ni lah….yang nakal ni…Tp mmg tak leh lupe kenangan zaman kecik2…mmg best…tak tau nak cter cm ner….mmg best lah…!!

3. Roomate yg prihatin~~ pda mulanya aku bljr kat tmpat yang semua wajib duk asrama….aku selalu fikir mcm ne aku nak uruskan harian aku sorang2…tp aku bernasib baik cz aku dapat rmte yang baik…masih aku masih aku ingat,dia banyak bg aku nasihat n tunjuk ajar tanpa aku sendiri sedari…bila aku dah habis bljr kat situ aku fikir2 balik..ermm,dia banyak bantu aku….tme kasih kak ibah…baru2 ni aku dapat tahu yang dia dah sambung kat Jordan..tak sempat jmpe dia cz aku tak balik trgganu….Semoga kak Ibah sihat sentiasa.. jaga diri disana…hehe

4. Dunia bebasku~~ Mase aku kecik2 aku selalu tertanya kenapa aku tak boleh buat tu tak blh buat ni…abah selalu bg nasihat, kadang2 aku buat don’t know je hihi…kadang2 je buat tak lah selalu…mase tu aku mmg tak tahu…tapi bila aku lihat sekeliling aku baru aku faham, kenapa abah jaga sangat2 aku dgn adik bradik aku…Subhanallah,dunia sekarang huru hara…Sejak pengalaman aku tu….dlm diri aku selalu nak lain dari yang lain..aku tak nak jd mcm dia orang…mana maruah mereka….mana ibubapa mrka….salah siapa???kadang2 aku tak faham knp mcm tu….sekeliling aku tak mcm tu pn…..patut la abah jaga sangat….tapi bg aku punyai pengalaman baru best!! Daripada dgr cerita je…baru kita faham keadaan tu….ermmm,bagi aku mahasabah hari2 sebelum tido adalah sangat2 penting n tersangatlah penting untuk jadi yang lbh baik dari semalam…Amin…

5.Anak buah~ kakak aku dah dkat setahun dah kawin….tp nampaknye masih tak de zuriat lg…ermm,ble agaknya ek????
Tah la……hehe,
Ku doa mga cepat2 lah dapat anak ye kak…..

6. Basikal~ petame kali aku dapat basikal besar (bukan bsikal bdk2 tau)…bahagia rase…nak bgtahu semua kwn2 aku aku dapat basikal dr Abah tersayang…time tu aku darjah 3…bile dikira semula kita orang punye lah basikal sampai 8 buah..mse tu kte orang cume
4 orang je…Fuh,banyak nye..tp time tu tak rase banyak pun..membazir btul…sejak aku form 2 aku dah tak guna dah basikal….ade lah tu kat umah tu….tak gerak2…tp sekarang adik bradikku dah 8 orang …die orang pun nak basikal baru…masing2 bersaing result gempak…nak hadiah dari abah sebuah basikal…aku balik baru ni, adik perempuan bongsu ku dah dapat hadiah basikal..Fuyoo..cantik…jaga basikal tu ye dik Na…Love u

salam Tahun Baru Hijrah 1431 & Tahun Baru Masehi 2010...dah nak masuk bulan 2 dah…hehehe
kuingin kemuliaan abadi
kemahsyuran hakiki
bukan yang tiada erti
bukan yang dimurkai Illahi
bukan di dunia ini
tapi di taman syurgawi
inginku kekal sebagai bidadari......

Wednesday, January 27, 2010

Sekilas.....

Ya Allah, beri keikhlasan kepada diriku
yang lemah ini

dalam setiap amalanku.
Matikanlah aku dalam keredhaan-Mu.
Aku ini lemah. Selalu tertipu dengan dunia.
Aku hadapkan wajahku, hidup dan matiku,
hanya untuk-MU.
Jadikanlah aku seorang yang sentiasa
bersyukur dengan pemberian-MU.
 Amin...

Tuesday, January 26, 2010

Kenangan Kita...


   Setiap kali kuliah berakhir, diri ini memohon agar sahabat2 seperjuangan ku memanfaatkan ilmu yang di ajarkan oleh pensyarah2 Ku….Moga kalian diberkati oleh Allah…..Amin
Sekarang aku dah semester 5,banyak kenangan yang aku lalui bersama sahabat2 Ku di satu kelas….suka,duka,gembira…dan banyak lg lah…
Moga Ukhwah kita kekal selamanya….
Pada mula aku belajar disini aku hanya punyai seorang kawan sahaja yang memahami diriku di kolej, di mana saja aku sentiasa bersamanya…walau susah n senang..sape lagi….jen..jen.jeng…Bihah la…1 kolej tahu kan…hhehehe .Sentiasa ceria..walau dimana sja berada..Cayok2 bihah…!!! Lepas tu seorang lagi rakan kelas ku yang aku dapat rasa keserasian aku dengan nya….aku panggil nya kak Wana,aku suka sikapnya yang terbuka….sentiasa memberi aku nasihat tika aku dalam kebingungan n masalah…kami bertiga sentiasa bersama….keserasian kita membuatkan ukhwah kita terjalin dengan senyuman….


bertambah lagi 2 orang sahabatku dimana ,sentiasa member keceriaan dalam persahabatan….itu lah Liza n Intan…tp name manjenye Mek…heheheeh...salammmm Mek… ditambah lg sahabat sekelasku iaitu Intan Irani,bertambah lg senyuman tika bersama….tapi sebenarnya…semua sahabat kelas Ku aku rapat….cume yang sentiasa bersama n tak je….Ape2 pun Aisyah sayang kalian tau….Tinggal 1 sem lg kita bersama,kesedihan dapat dirasai makin hampir….


Azril-Syafiq-Zawana-Zuhairak-Aisyah Fatinah My-Nabihah-Hamizah-Intan Azeela-Liza-Yati-Samihah-Intan irani…Foreverzzzzzzzz….Sayang korang semua tau...

Sunday, January 24, 2010

Zikrullah sentiasa dihati…….


Hari ni kan aku sdih sangat,cz pg tadi aku terlewat bangun….ble tersedar,dah pkul 7.30 pg…..tak sempat solat subuh…..padahal aku dah kunci jam…..ermmmmm.Ya Allah ampun kan hambaMU ini…Hambamu ini selalu tertipu pada dunia……Ampun kan Aku….

Cti semester dah dekat dah….Hadiah pe nak bwk balik kat adik2 erk……..rindu kat dia orang…….sebelum balik nanti aku nak singgah umah kakak dulu lah….nak jalan2 kat Seremban…kat tminal 2…..hehehhehe

Aku dah kehilangan mak sedara sorang….sedih lak……..hukk…hukkk

Bila fikir semula semua orang akan kembali kepada-Nya….manusia semua kan berpindah alam…..yang penting amalan mesti jaga…..


Zikrullah sentiasa di hati…..
Walau dimana saja berada….....










Saturday, January 23, 2010

Rintihan Seorang Insan


Malu rasanya menyatakan cinta...padaMu Ya Allah,padaMu Ya Rasulullah,Kerna kekhilafan diri...Serta keterlanjuran diri,Hanyut dibuai nafsu duniawi....Hati ini sering tertanya,“Masihkan ada ruang,UntukMu menerima taubatku,Untukku menggapai redhaMu....Untukku menghuni jannahMu,Sedangkan dosa yang kulakukan,Bukanlah gambaran seorang insan”.Ya Allah,Janganlah Engkau palingkan hati ini,Setelah Engkau beri hidayah,Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,Maka tetapkanlah hatiku ini,Di atas landasan agamaMu yang benar....Ya Allah Rabbul Izzati,Luangkanlah untukku kesempatan....Berikanlah aku peluang,Untuk berbakti kepada agamaMu....Untuk menyambung syiar dakwah rasul,Agar Islam yang tercinta,Tetap gemilang di dunia yang fana.....

Gembira dan Sedih...

Hari ni merupakan salah satu hari yang gembira dan sedih bg aku….td aku dapat panggilan tlfon dari sahabat ku dr tmpat bljr aku dahulu….dia dah dilamar oleh seorang ustaz… dah nak khawin dah 13 hb 2 ni….…..moga dia akan menerima serang suami yang bertanggungjwb dan baik….. untungnya dia…cz, dapat kawin pada usia muda…..mga dapat zuriat yang soleh dan solehah…..Amin…Moga jodoh ku dari golongan yang baik dan beriman…Amin ya Rabi alamin…





Hari ni aku Cuma ade satu kuliah je..tak lah penat sangat….tp bljr hari ni best tau….


Lepas habis kuliah,aku terus ke café…..cari makan…heheheeh… pastu balik rumsis….tp semua balik kampong….aku je tak balik,maklum lah…rumah jauh…rindu gak tak adik2…..trutama adik Fifi….adik bongsu ku tu selalu buat aku sentiasa tersenyum….rindu betul….



rindu gak kat umi n abah….



baru2 ni aku dapat panggilan daripada adik aku yang bljr kat UIA….dia bg tahu berita yang memeranjat kan aku….adik cakap kaki Umi kena Semin….terkejut aku…..adik cerita umi ade jatuh…urat pada kaki umi putus…petang tu aku segera telefon Abah…tanya pasal umi…abah pun cerita…tp tak habis….aku cakap dgn umi,umi bgthu kaki umi kena semin sampai kat lutut…tulang kat tepi retak…..tp urat tak putus…..Sabar ye Umiku saying…tu semua ujian untuk menguji kesabaran kita…..mga Umi cepat sembuh…Amin..


Lagi memeranjatkan aku…..Mak saudara aku meninggal hari ni…..Innalillahiwainna ielaihirijiun….Walau pun aku tak dapat balik…..Ku doakan mga roh nya di cucuri Rahmat…..Ya Allah ampun kan alh dosanya dan tempat kan lah ia pada golongan orang yang soleh…Amin…






Thursday, January 21, 2010

KALIMAH ALLAH....



Hari ini Malaysia digemparkan dengan kalimah Allah……pada mulanya aku tak ambil tahu sangat pasal ni…sibuk sikit cz aku baru habis praktikal di Majlis Agama Islam…ditambahkan lagi masalah peribadi yang lain...dan mula daftar masuk pengajian…kesibukan semua tu membuatkan aku tak ambik tahu sangat pasal ni.…pada mulanya dalam fikiran aku,aku hanya fikir kenapalah Malaysia ni kecoh sangat pasal kalimah Allah ni…sedang kan banyak perkara lagi Allah SWT larang masyarakat kita buat dan maksiat berleluasa kenapa tak kecoh pun?????….hiburan yang merosakkan akidah sane sini…tak kecoh pun???…malah biarkan je….masyarakat kite ni perlu didik jiwa dulu…tu yang paling penting…..baru masing2 sedar dan ingat mati…tapi sekarang seolah2 masyarakat kite hari ni leka dengan dunia sampaikan langsung tak peduli dosa malahan azab neraka pun tak rasa takut…sedang kan masing2 semua tahu dunia ni tak kan kekal pun.. segala ape didunia ni semua untuk menguji cekalnya hati…



Satu hari tu aku dapat tahu daripada sahabat ku tentang progam MPM yang dibuat kat rumah menteri Melaka…iaitu prgam Qiamulai…aku join la...pada mulanya aku ingat hanya saje2 prgm ni di buat…rupa2nya kerana isu kalimah Allah….mase tu lah aku nak tahu sangat kenapa masing2 sibuk sangat pasal ni…..


Aku mula ambil tahu….aku tanya sape2 yang aku rase nak tanye….setuju@tak setuju dan ape hujjah dia….pada mulanya aku TIDAK SETUJU aku fikir,knp perlu bg agama lain pakai….????kalau lah nanti ade buku2 kristian yang di baca oleh orang islam yang cetek agama…mungkin dia akan terpesong…dalam fikiran aku tak lepas drpd aku fikir tentang tu…aku rase sangat nak tahu knp ade jugak orang yang setuju????knp dia setuju???mesti ade hujjah dia…..satu hari,tempat pengajian aku ade buat wacana ilmiah tentang isu kalimah Allah ni…disitu lah aku dapat tahu ape hujjah orang yang setuju….sekiranya agama lain yang guna nama Allah,manelah tahu satu hari nanti Allah akan turun kan hidayah kt die orang untuk memeluk agama islam..kate salah seorang pensyarah dari UITM knp tak nak bg orang kristian guna,jangan jadi kedekut…cz islam tak ajar sifat kedekut tu…kalau tak nak bg tak pe!!!tp jangan lah mengamuk…kalau Allah bg,tak kan kita tak bg…Jangan lah kamu cerca orang yang ingin beriman kepada Allah…di Mesir pun dia orang berceramah menggunakan nama Allah…Cuma di Malaysia je knp perlu gaduh2????


Pensyarah dr Uitm ni berbahas dr sudut bahasa katanya,kalau bincang tentang lafaz, mesti ada sebutan…pastu mesti ada Tulisan dan terakhir mesti ada Makna..


Dri segi tulisan dan sebutan dah mmg salah dah..dr segi makna plak kristian guna Allah ade 3 unsur….Allah bg orang islam bermaksud lain…kalau kita bijak kita perbetul kan maksud betul Allah,ajak mereka masuk Islam…dari sudut dakwah sangat besar manfaatnya….


Selesai pgram tu,semasa menuju ke Café aku ter fikir ada baiknya dan betul jgk tu….Aku SETUJU


TAPI….


Ade kah dengan berfikiran mcm tu dapat membendung masyarakat yang akan datang sekiranya kalimah Allah diguna pakai???sedang kan pengunaan secara tak rasmi dah ramai terpesong…apetah lagi apabila penggunaan secara rasmi…..MASYAALLAH…


Sekiranya satu hari nanti anak2 dimasa akan datang terbaca buku kristian, jumpa perkataan


“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”


Agak2 keliru tak????


Orang kafir sentiasa berusaha untuk memesongkan orang islam…apa yang kita nampak sekarang anasir berbentuk halus untuk melalaikan umat islam diguna pakai oleh mereka.…jangan biarkan langkah pertama dengan menggunakan kalimah Allah untuk diguna pakai…dari sudut sejarah pun semua dah tahu mcm mana mereka mendapat kan tanah di Palestine. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Tp akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British…..Kata ustaz aku betul lah “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.


Sebenarnya apa yang dibimbangkan adalah generasi akan datang,kalau mase sekarang masyarakat ramai yang lalai,dan suasana sekeliling tidak membantu menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka ,ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang.Penghayatan islam tu mesti ada masyarakat kita. Wassalam


Saturday, January 16, 2010

Pencinta Ketenangan

Bismillahirahmanirahim…..

Dimana Bahagia???

Puas Sudah ku mencari KEBAHAGIAN
Disisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Aku tidak mengerti........
Kucari lagi,
Dihati seorang kekasih,
Kudapat hanya kecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan….


Oh,di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang ku cari??
Apa yang ku perlukan??
Aku masih tidak  mengerti,


Yang pasti,
Kekosongan hati ini di minta diisi…
SEJENAKKU TERSEDAR,
Aku mencari cinta Agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah kecemerlangan mengisi kekosongan
TERIMA KASIH YA TUHAN….

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….