Saturday, January 30, 2010

~~ Impian Cinta~~


Berdirinya aku di daerah Zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang mengguyur ingin aku melakar cinta di syurga

Sesungguhnya Cinta yng aKu galas dulu
Hanya cinta semusim , wangi hanya sekejap je
Harumnya tak kan sampai kepenghujung tau
Indah megarnya hanya dikuntum sahaja

Sedangkan taman Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurnai Rahmat
Datang membekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama aku mengatur jejak langkah
Makin fasih aku mentafsir liku hidup ini
Diri aku terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang terbentang hampa padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Ya Allah, Hijrah kan aku dengan hati yang putih
Kembali berpaut pada akar budi
Pasrah bersujud dibawah naungan-Mu
Langit kesedaran…
Moga terlakar CintaKu dipintu Syurga…Amin…

0 ulasan:

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….