Saturday, January 23, 2010

Rintihan Seorang Insan


Malu rasanya menyatakan cinta...padaMu Ya Allah,padaMu Ya Rasulullah,Kerna kekhilafan diri...Serta keterlanjuran diri,Hanyut dibuai nafsu duniawi....Hati ini sering tertanya,“Masihkan ada ruang,UntukMu menerima taubatku,Untukku menggapai redhaMu....Untukku menghuni jannahMu,Sedangkan dosa yang kulakukan,Bukanlah gambaran seorang insan”.Ya Allah,Janganlah Engkau palingkan hati ini,Setelah Engkau beri hidayah,Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,Maka tetapkanlah hatiku ini,Di atas landasan agamaMu yang benar....Ya Allah Rabbul Izzati,Luangkanlah untukku kesempatan....Berikanlah aku peluang,Untuk berbakti kepada agamaMu....Untuk menyambung syiar dakwah rasul,Agar Islam yang tercinta,Tetap gemilang di dunia yang fana.....

0 ulasan:

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….