Thursday, January 21, 2010

KALIMAH ALLAH....



Hari ini Malaysia digemparkan dengan kalimah Allah……pada mulanya aku tak ambil tahu sangat pasal ni…sibuk sikit cz aku baru habis praktikal di Majlis Agama Islam…ditambahkan lagi masalah peribadi yang lain...dan mula daftar masuk pengajian…kesibukan semua tu membuatkan aku tak ambik tahu sangat pasal ni.…pada mulanya dalam fikiran aku,aku hanya fikir kenapalah Malaysia ni kecoh sangat pasal kalimah Allah ni…sedang kan banyak perkara lagi Allah SWT larang masyarakat kita buat dan maksiat berleluasa kenapa tak kecoh pun?????….hiburan yang merosakkan akidah sane sini…tak kecoh pun???…malah biarkan je….masyarakat kite ni perlu didik jiwa dulu…tu yang paling penting…..baru masing2 sedar dan ingat mati…tapi sekarang seolah2 masyarakat kite hari ni leka dengan dunia sampaikan langsung tak peduli dosa malahan azab neraka pun tak rasa takut…sedang kan masing2 semua tahu dunia ni tak kan kekal pun.. segala ape didunia ni semua untuk menguji cekalnya hati…



Satu hari tu aku dapat tahu daripada sahabat ku tentang progam MPM yang dibuat kat rumah menteri Melaka…iaitu prgam Qiamulai…aku join la...pada mulanya aku ingat hanya saje2 prgm ni di buat…rupa2nya kerana isu kalimah Allah….mase tu lah aku nak tahu sangat kenapa masing2 sibuk sangat pasal ni…..


Aku mula ambil tahu….aku tanya sape2 yang aku rase nak tanye….setuju@tak setuju dan ape hujjah dia….pada mulanya aku TIDAK SETUJU aku fikir,knp perlu bg agama lain pakai….????kalau lah nanti ade buku2 kristian yang di baca oleh orang islam yang cetek agama…mungkin dia akan terpesong…dalam fikiran aku tak lepas drpd aku fikir tentang tu…aku rase sangat nak tahu knp ade jugak orang yang setuju????knp dia setuju???mesti ade hujjah dia…..satu hari,tempat pengajian aku ade buat wacana ilmiah tentang isu kalimah Allah ni…disitu lah aku dapat tahu ape hujjah orang yang setuju….sekiranya agama lain yang guna nama Allah,manelah tahu satu hari nanti Allah akan turun kan hidayah kt die orang untuk memeluk agama islam..kate salah seorang pensyarah dari UITM knp tak nak bg orang kristian guna,jangan jadi kedekut…cz islam tak ajar sifat kedekut tu…kalau tak nak bg tak pe!!!tp jangan lah mengamuk…kalau Allah bg,tak kan kita tak bg…Jangan lah kamu cerca orang yang ingin beriman kepada Allah…di Mesir pun dia orang berceramah menggunakan nama Allah…Cuma di Malaysia je knp perlu gaduh2????


Pensyarah dr Uitm ni berbahas dr sudut bahasa katanya,kalau bincang tentang lafaz, mesti ada sebutan…pastu mesti ada Tulisan dan terakhir mesti ada Makna..


Dri segi tulisan dan sebutan dah mmg salah dah..dr segi makna plak kristian guna Allah ade 3 unsur….Allah bg orang islam bermaksud lain…kalau kita bijak kita perbetul kan maksud betul Allah,ajak mereka masuk Islam…dari sudut dakwah sangat besar manfaatnya….


Selesai pgram tu,semasa menuju ke Café aku ter fikir ada baiknya dan betul jgk tu….Aku SETUJU


TAPI….


Ade kah dengan berfikiran mcm tu dapat membendung masyarakat yang akan datang sekiranya kalimah Allah diguna pakai???sedang kan pengunaan secara tak rasmi dah ramai terpesong…apetah lagi apabila penggunaan secara rasmi…..MASYAALLAH…


Sekiranya satu hari nanti anak2 dimasa akan datang terbaca buku kristian, jumpa perkataan


“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”


Agak2 keliru tak????


Orang kafir sentiasa berusaha untuk memesongkan orang islam…apa yang kita nampak sekarang anasir berbentuk halus untuk melalaikan umat islam diguna pakai oleh mereka.…jangan biarkan langkah pertama dengan menggunakan kalimah Allah untuk diguna pakai…dari sudut sejarah pun semua dah tahu mcm mana mereka mendapat kan tanah di Palestine. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Tp akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British…..Kata ustaz aku betul lah “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.


Sebenarnya apa yang dibimbangkan adalah generasi akan datang,kalau mase sekarang masyarakat ramai yang lalai,dan suasana sekeliling tidak membantu menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka ,ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang.Penghayatan islam tu mesti ada masyarakat kita. Wassalam


0 ulasan:

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….