Monday, March 1, 2010

~~Hargailah isteri anda......


Assalamualaikum......buat semua.....disini Aisyah nak kongsi2 ilmu sikit....sekadar pengetahuan untuk korang yang akan bakal menjadi Suami,isteri atau pun Ibu bapa anak-anak tuk generasi akan datang....


Mulianya  seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang  bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan  binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana  isteri inilah yang akan membantu

 mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk  mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang  wanita yg ada rahim ini

ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang  ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7  sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap  diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60  hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri  sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari  sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh

sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang  dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi  seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri  kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya  wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah  izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh  kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami  dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang  wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia  
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya  bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu,  bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya  tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa  suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas  masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri  boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau  seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia  tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala  suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah,  segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung  ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua  wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.  

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia  bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia  dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada  kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat  dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu  ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang  mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2  mu yang
bertaqwa ..

ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa  semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal  dunia"......

0 ulasan:

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….