Monday, April 5, 2010

~~Sekilas terdetiknya dalam hati....~~

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku
untuk menyintai-Mu.


Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar tidak aku terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu........

Ya Rabbul 'Izzati
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Rafi'
jika aku menikmati cinta hamba-Mu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi nikmatnya bermunajat kepada-Mu.....

Ya Mu'iz
jika aku jatuh hati pada hamba-Mu
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan
menyeru manusia kepada-Mu......
Ya 'Azim
jika aku merindui hamba-Mu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.....



0 ulasan:

..::bAraKaLlahu fik::.. (",)

Ayuh sahabat2....

DoaKu....

Jom Kongsi Ilmu...


Bahagia itu apa?

Bahagia itu ketenangan.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?
Ingat ALLAH… hati akan menjadi tenang.
Tiada Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.


Carilah ALLAH… Ingatlah ALLAH.. Cintailah ALLAH….